. Menaip apa yang terlintas di fikiran & melihat apa yang terpapar .
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Thursday 23 December 2010

. FAHAMI ERTI MUSIBAH .

. asyik cite pasal az & ana jea !
. mesti bosan kan ?
. jom kongsi hadis yang ana dapat !

8 ERTI MUSIBAH 

1. Menghapuskan dosa & kesalahan 
ALLAH berfirman :
'' Dan apa saja musibah yang menimpamu maka adalah disebabkan oleh tanganmu sendiri,
& ALLAH memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu) ''
(QS.Asy-Syura : 30)

2. Dicatat sebagai kebaikan & darjat ditinggikan .
'' Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau lebih dari itu,melainkan ditetapkan baginya
dengan sebab itu satu darjat & dihapuskan pula satu kesalahan darinya ''
( Hadis Riwayat Muslim )

3. Jalan menuju syurga. Dari Abu Hurairah,Rasulullah SAW bersabda ;
'' SYURGA itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai 
& NERAKA itu dikelilingi dengan pelbagai macam syahwat ''
( Hadis Riwayat Bukhari Muslim )

4. Membawa keselamatan dari api NERAKA.
'' Janganlah kamu mencacimaki penyakit demam,kerana sesungguhnya ( dengan penyakit itu ) 
ALLAH akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api 
menghilangkan kotoran-kotoran besi ''
( Hadis Riwayat Muslim )

5. Mengembalikan hamba kepada Rabb-nya & mengingatkan kelalaiannya.
ALLAH berfirman :
'' Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-Rasul kepada umat-umat sebelummu,
kemudian Kami timpa mereka dengan kesengsaraan & kemelaratan,
supaya mereka bermohon kepada ALLAH dengan tunduk & rendah diri ''
( QS.Al-An'am : 42 )

6. Mengingatkan nikmat ALLAH yang lalu & yang ada .
'' seorang pensyair berkata : seseorang tidak mengenali tanda-tanda sihat 
selagi dia belum tertimpa sakit ''

7. Mensucikan hati .

8. Cubaan & ujian merupakan nikmat kerana setiap satunya mempunyai hikmah tertentu..
Nabi bersabda :
''....Dan sesungguhnya salah seorang diantara mereka benar-benar merasa gembira 
kerana mendapat cobaan,sebagaimana salah seorang merasa gembira kerana 
telah mendapatkan kelapangan..
( Hadis Riwayat Ibnu Majah )

Dia yang Maha Agung tidak mungkin akan menganiaya kita kerana 
ALLAH itu sedang ''mengajar''kita & pada masa yang sama 
menunjukkan kasih sayang - Nya melalui kedukaan , kesedihan & penderitaan .


No comments: